Temu-ramah pagi ini adalah bersama dengan celebriti baru Alihaz, pemegang rekod tidak berminum air selama 7 hari. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Utara dan adalah anak yang sulung di dalam keluarganya.
DysFiction: Selamat Pagi
Alihaz: Selamat Pagi
DysFiction: Kami sangat beruntung kerana Alihaz sudi untuk datang ke studio ini. Apa khabarnya Alihaz pada hari ini?
Alihaz: Baik sahaja.
DysFiction: Apakah perasaan Alihaz ketika memecahkan rekod Encik J?
Alihaz: Duii! tidak terasa apa apa, dulu kan aku di dalam "Lift" terperangkap 2 hari yo!
DysFiction: Wah, sangat menakjubkanlah Alihaz ni. Adakah yang benar Alihaz ni di anggap sebagai hero di sekolah Utara?
Alihaz: Hero? iye, saya memang hero. Saya dapat menyelesai kan semua "problem" dan dengan "Kompas CPeS" lah saya dapat mencari jalan saya.
DysFiction: (dalam hati saye "Sombongnye!"). Adakah yang semua yang di tulis oleh wartawan kat surat khabar tu benar?
Alihaz: Surat khabar mana lagi ni? Mungkin benar, mungkin tidak.
DysFiction: Saya mendengar hujung minggu ini adalah Hari Kuih Sedunia, Sudah kah Alihaz membeli tiket balik kampung ni? kerana saye dengar kawan-kawan Alihaz dah beli tiket ni.
Alihaz: Ahhhh apa? Takde pun die orang gtau. Kalau boleh bagitahu saya awal awal bah, barutah saya dapat "planning" awal-awal dan beli tiket.
DysFiction: Jadinya Alihaz tidak akan balik kampunglah?
Alihaz: Sudah saya gitau dieorang lau beli tiket baik bagitahu saye awal-awal supaya saya dapat ikut, ini dah terlambat dah tak dapat buat apa apa. Mereka harus menanam kedalam hati dan jiwa mereka supaya menjadikan negara kita yang berkerja sama antara satu sama lain,dengan begitulah dapat menjadikan Malaysia BOLEH!
DysFiction: Yea betul tu, saya setuju. (dalam hati saye " ALASAN!!").
Alihaz: Saya nak jalan dulu lah sampai sini sahaja temu ramah, saya nak mencari tiket untuk jalan pergi dan balik pada hari yang sama lah.
DysFiction: Baiklah, semoga Alihaz akan dapat tiket yang Alihaz mencari.
Alihaz: Manasaja engkau lah!
DysFiction: Sampai sini sahaja lah, dari saya DisFiction melaporkan dari Studio B.
Temu-ramah ini ditaja oleh Sos Chilli Sambal Belacan ABC. uhh pedas berabis eh~
Tuesday, 3 March 2009
Sesi temu ramah bersama HERO?
Sound2 by DysFiction at 22:45
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Comments:
Bila Alihaz nak buat sesi bersama peminat supaya peminat-peminat dapat mengenali Alihaz dengan lebih dekat lagi selain dapat bergambar dan mengambil autograf Alihaz.
Itu awak hendaklah cari Pengurus Alihaz
Bagaimanakah peminat-peminat menghubungi Pengurus Alihaz?
Mukasurat Kuning
Post a Comment