Aku terus saja masuk ke bilik kuliah sesampai ku di universiti. Waktu baru menunjukkan 9.50 pagi dan hanya aku seorang saja yang berada di bilik kuliah ketika itu kerana kuliah hari ini bermula jam 11.00 pagi. Aku tertanya-tanya adakah dia ada di bilik sebelah. Apakah yang sedang dia lakukan? Sudah agak lama ku tidak bertemu dengannya. Beberapa minit kemudian aku ke bilik sumber untuk mencetak nota yang pensyarah berikan pada ku minggu lalu kerana inilah tujuanku untuk datang awal ke universiti. Bilik sumber tersebut betul-betul di hadapan biliknya, namun tiada bunyi yang ku dengar dari bilik itu. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia berada di sana. 'Hmm..mungkin dia belum datang agaknya,' kataku di dalam hati. Kemudian aku masuk semula ke bilik kuliah sementara menunggu mesin pencetak mencetak nota ku kerana ada ramai mahasiswa-mahasiswi yang menggunakannya. Nota tersebut pula ada berpuluh-puluh keping yang perlu dicetak.
"Eh, engkau Kirana." Aku terkejut lalu menoleh.
"Oh, engkau Awani, aku ingatkan siapa tadi, terkejut aku".
"Maaflah, tak ada niat untuk mengejutkan kau. Awak seorang saja ke?"
"Habis tu, ada nampak orang lain ke kat sini?"
"Saya bergurau je, itu pun serius."
Awani yang tiba-tiba saja masuk tadi terus duduk di kerusi hadapan. Malas aku melayan dia. Baru aku teringat tentang nota yang dicetak tadi. Tanpa ku sedari sudah lebih 30 minit rupanya ku tinggalkan bilik sumber tadi. Aku menuju ke bilik sumber lalu mengambil nota ku yang sudah siap dicetak dan balik semula ke bilik kuliah. Ketika aku masuk itulah aku terdengar bunyi pintu dari bilik sebelah. Rupanya selama ini dia memang ada di bilik sebelah. Aku tertanya-tanya adakah dia tidak mahu keluar dari bilik itu sehingga aku selesai mencetak nota ku?
Thursday, 26 February 2009
Cerita tiada pendahuluan dan penutup.
Sound2 by MaskiTears at 00:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
cerita yang amat menarik~
betul~ sangat menarik
Post a Comment